Friday 30 March 2012

permulaan :')


                                                             CAHAYA  HUMAIRAH 

      
         Azan Subuh mengejutkan Humairah daripada lenanya . Humairah memanjatkan rasa syukurnya ke hadrat Ilahi kerana dia diberi peluang untuk hidup pada hari ini . Aisyah Humairah Muhammad ialah seorang gadis cilik yang petah berkata-kata , riang dan peramah . “Umi , Humairah nak pergi sekolah ni .” Humairah terburu-buru memakai kasut selepas siap bersarapan . Ibunya hanya tersenyum melihat anaknya yang baru berusia 10  tahun itu comot dengan misai buatan susu . Ibunya bersyukur kerana Allah mengurniakan Humairah yang sihat dari segi fizikal dan mental kepadanya .Pengalaman melahirkan Humairah yang mengalami komplikasi dan hampir lemas dalam kandungannya masih segar dalam ingatannya . Ibunya berharap Humairah dapat menjadi wanita yang solehah suatu hari nanti . Allah berfirman dalam Surah Ali ‘Imran ayat 6 : Dialah yang membentuk kamu dalam rahim menurut yang Dia kehendaki . Tidak ada Tuhan selain Dia , Yang Mahaperkasa , Mahabijaksana . Selepas bersalaman dengan ibunya  , Humairah dan kakaknya Khadijah pergi ke sekolah bersama-sama . Humairah sering membantu kakaknya untuk membawa buku sehingga sampai ke kelas kakaknya .

       Humairah sangat peramah dan mudah mesra dengan sahabat-sahabat kakaknya sehingga dia tidak perasan dirinya sedang diperhatikan oleh seseorang . Pada suatu hari , selepas tamat  waktu persekolahan , Humairah mendapat satu surat layang ketika dia sedang berjalan dengan temannya untuk pulang ke rumah yang hanya 80 meter dari sekolahnya . Surat itu datangnya daripada kenalan kakaknya sendiri , Adam yang memendam perasaan terhadap Humairah . Humairah terus berlari ke rumah meninggalkan rakannya  dengan fikiran yang kusut . Dia telah mengoyak-ngoyakkan surat itu hingga menjadi cebisan-cebisan kecil . Humairah berasa  pelik kerana perasaan marah , malu dan sangat terkejut apabila menerima surat itu . Humairah sangat memerlukan seseorang  untuk membantunya menyelesaikan masalah . Humairah bertanya kepada ibunya “Umi , Mairah dapat surat monyet .” Ibunya terkejut “Surat monyet ? Monyet dari zoo mana yang bagi Mairah surat ?” Humairah tergelak  manja , “Umi ni buat lawak pula . Alaa , surat yang selalu orang cakap dia suka kita semua tu . Surat monyetlah.” Kemudian barulah ibunya faham maksud Humairah . Ibunya tersenyum lalu  memberikan nasihat kepada Humairah ,“Mairah sayang , Mairah juga yang bagitahu Umi  itu surat monyet , jangan layanlah ye . Buat tak tahu sahaja . Kalau budak lelaki itu suka Mairah , dia sepatutnya bagitahu dekat Abi bukannya Mairah . Abi itukan wali Mairah”.

        Sejak peristiwa itu , Humairah lebih selesa mendiamkan diri dan tidak mudah bergaul dengan lelaki . Humairah  sudah tidak lagi ke kelas kakaknya . Tetapi  Humairah tetap berasa sangat tidak selesa kerana sering diperhatikan oleh  Adam . Kesan daripada kejadian itu , Humairah menjadi seorang yang pendiam dan tidak bergaul dengan lelaki . Humairah akan menundukkan setiap pandangannya ketika berselisih dengan mana-mana  lelaki .Malah , sikap Humairah yang ceria dan riang itu semakin sukar dilihat sehingga para guru perasan akan perubahan yang berlaku dalam diri Humairah .  Peristiwa ini telah membuatkan diri  Humairah matang pada usia yang sangat muda . Lantas , Adam berasa putus asa dan tidak menghiraukan Humairah kerana dia telah berpindah ke sekolah menengah . Tetapi fikiran Humairah tetap terganggu kerana sering teringat akan sejarah pahit setiap kali terpandang wajah adik-adik Adam yang seiras dengannya . Sikap Humairah yang pendiam dan serius berlarutan sehingga Humairah menjejakkan kakinya ke sekolah menengah . 

         Alam remaja sememangnya alam yang banyak rintangan dan penuh dengan sikap yang suka memberontak. Sikap ingin tahu yang membuak-buak dalam diri remaja untuk mengetahui  dunia luar mudah membuatkan remaja alpa . Alhamdulillah , Humairah  ditakdirkan untuk memasuki kelas aliran agama . Pelajar kelas lain sering menganggap bahawa kelas Humairah merupakan kelas yang skema dan kolot , tetapi Allah melindungi Humairah dengan menghantar sahabat-sahabat yang  baik kepada Humairah . Humairah tidak mudah terpengaruh dengan kejutan budaya yang berlaku di sekolahnya . Dalam sekolah  itu , Humairah bersahabat baik dengan teman yang baru dikenalinya , Syifa Safiyyah . Syifa ialah sahabat yang baik dan bermulut becok . Sikap Syifa yang ceria sering membuatkan Humairah teringat akan dirinya yang ceria satu ketika dahulu . Hari-hari bersama Syifa membuatkan Humairah  tidak kering gusi kerana tidak dapat menahan sifat lucu Syifa .Ketika berada di tingkatan satu , dua dan tiga  Humairah tidak bergaul rapat dengan rakan lelaki sekelasnya . Rakan sekelasnya sering menganggap Humairah sebagai lelaki kerana dia memiliki suara yang kasar . Dalam al-Quran Allah telah menyatakan larangan-Nya supaya tidak  menyerupai  jantina yang berlawanan dengan diri kita .

           Selepas tamat Peperiksaan Menengah Rendah , semua pelajar tingkatan tiga dari sesi pagi dan petang disatukan untuk menjalani aktiviti di dewan sekolah . Berada pada sesi pagi seperti Humairah dan Syifa berasa sangat terpinggir daripada rakan-rakan yang lain . Tetapi , akhlak dan peribadi mereka lebih terjamin baiknya daripada pelajar lain . Kebanyakkan pelajar lain lebih nakal dan degil . Humairah sangat  sensitif apabila melihat pelajar lelaki dan perempuan bertepuk tampar tanpa ada rasa bersalah atau malu  . Suatu hari , ketika Humairah bersama Syifa , tiba-tiba datang seorang pelajar lelaki yang bercakap gila-gilaan dan mereka tidak mengenalinya . Pelajar lelaki tersebut mengusik mereka lalu memukul kepala Syifa . Humairah yang sudah geram terus memekik kepada lelaki yang tidak dikenalinya ,“Hei , apa pegang-pegang ni ! Bukan muhrim tahu tak ?” Lelaki tersebut tersengih-sengih lalu pergi meninggalkan mereka tanpa memohon maaf . Humairah marah akan sikap lelaki itu . Humairah teringat kata-kata ustazahnya , “ Memegang kulit bukan muhrim itu ibarat memegang kulit khinzir . Kalau kita pegang tangan bukan muhrim kita , maksudnya kita sedang pegang khinzir . Kalau kita bertepuk tampar dengan bukan muhrim kita , maknanya kita sedang bertepuk tampar dengan khinzir”.

            Selepas peristiwa itu , pelajar lelaki tersebut mula menyiasat tentang diri dan latar belakang Humairah . Suratan takdir , mereka dipertemukan di sebuah pusat beli belah . Humairah berasa sangat menyesal kerana keluar dari rumah pada hari itu . Humairah hanya menundukkan pandangannya supaya tidak bertentangan mata dengan lelaki itu yang dikenali sebagai Tengku Imran. Tengku Imran tersengih-sengih melihat reaksi Humairah yang kelihatan agak lucu dan dia tidak dapat mengalihkan pandangannya daripada Humairah .Tengku Imran berasa ada sesuatu yang menarik tentang diri Humairah yang menyebabkan dia teruja untuk mengenali Humairah . Selepas hari itu , Tengku Imran yang terkenal dengan sifat nakalnya mula mengganggu hidup Humairah sama ada  di laman sesawang sosial mahupun di sekolah  . Humairah berasa sangat tidak selesa dan hidupnya kembali berserabut . Tetapi , Allah menurunkan ujian apabila hati Humairah mula  lembut  terhadap Tengku Imran yang pandai berkata-kata manis  . Keputusan peperiksaan Humairah yang agak cemerlang itu membuatkan Humairah terus lalai dengan keduniaan . Nau’zubillah ! 

            Tingkatan empat adalah tahun yang penuh dengan ujian dan cubaan .Bagi pelajar yang masih teruja dengan keputusan peperiksaan , mereka akan menganggap  tingkatan empat ialah tahun yang boleh bersenang-lenang  dan berseronok .  Humairah telah menjalinkan hubungan cinta dengan Tengku Imran iaitu lelaki yang pernah dibencinya satu ketika dahulu . Humairah telah terhasut dengan godaan syaitan yang tidak pernah putus asa . Prinsip “No Couple” yang pernah Humairah pegang dahulu , hilang entah ke mana . Benarlah syaitan akan berusaha sedaya upaya untuk menyesatkan umat Rasulullah s.a.w. sehingga masuk ke dalam neraka jahanam . Firman Allah dalam Surah An-Nur  ayat 30 : Dan katakanlah kepada wanita beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya .Humairah menjaga pergaulannya ketika bersama Tengku Imran . Tengku Imran yang  merupakan anak hartawan yang terkenal  dan kaya-raya itu menyebabkan dia  sering alpa dengan kewajibannya terhadap Allah .Humairah berasa dirinya bertanggungjawab untuk mengubah sikap Tengku Imran kearah yang lebih baik . Terlalu banyak berita-berita buruk berkenaan Tengku Imran yang sering Humairah dengar di cuping telinganya . Tengku Imran juga sering mengabaikan pencapaian akademiknya . Humairah bertekad untuk membimbing  Tengku Imran supaya dia berjaya mencapai cita-citanya yang ingin menjadi seorang usahawan  yang berjaya .
       
        Selepas beberapa bulan , ketika Humairah sedang makan tengahari  bersama Syifa , Humairah menyatakan hasratnya ,“ Syifa , saya berharap sangat hubungan yang baru  saya bina ini kekal sehingga menjadi hubungan yang diredhai oleh Allah .” Syifa menyokong niat murni Humairah , “Humairah , Allah sudah tentukan hidup , mati , jodoh dan ajal kita sejak kita dari dalam kandungan ibu kita lagi . Allah sudah aturkan yang terbaik untuk  umat kekasih-Nya. Kita  kena yakin dengan Allah .” Humairah hanya mengangguk dan menguis-nguis  nasi di dalam pinggannya . Ada sesuatu yang menganggu fikiran Humairah . “Syifa , sebenarnya saya  takut sebab Tengku  Imran sangat nakal dan sering mengambil kesempatan terhadap saya . Saya sering mengelak dan saat itu jugalah Tengku Imran akan bermasam muka dengan saya.” Firman Allah dalam Surah al-Isra ayat 32 :Dan janganlah kamu mendekati zina , sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk . “Humairah , sabarlah .. Inilah cara yang terbaik untuk membimbing dia ke jalan Allah . Awak juga yang beritahu saya bahawa ramai kenalan yang datang mengadu pada  awak tentang sikap buruk Tengku Imran . Contohnya , sikap baran dia yang sering marah tanpa sebab  , merendah-rendahkan orang lain dan berlagak sombong dengan harta benda dia.” Humairah terus mengangguk seperti burung belatuk  membenarkan kata-kata Syifa .
        
                Pada musim cuti sekolah selama satu bulan setengah , Humairah menghadiri Kem Personaliti Remaja di Masjid Mukminin yang berlangsung selama tiga hari dua malam . Kem itu tidak membenarkan penggunaan telefon bimbit  , maka selama itu juga lah Humairah tidak berhubung dengan Tengku Imran . Kem itu bertemakan “Bercintalah” dan mendedahkan cinta yang teragung hanyalah cinta kepada Allah . Fatimah Syarha iaitu seorang novelis  terkenal yang memberikan ceramah dalam kem itu dan sangat memberi kesan dalam diri Humairah . Kata-kata Kak Fatimah sering terngiang-ngiang dalam kotak fikiran Humairah ,“Adik-adik boleh pilih sendiri , nak rasa kemanisan cinta selepas atau sebelum perkahwinan . Ini hidup adik-adik , adik berhak buat keputusan .” Kemudian , Humairah teringat lagi kata-kata Kak Fatimah ,“Kalau buah hati kita beri kita coklat, ‘teddy bear’ , tapi Allah beri kita oksigen untuk hidup dan bernafas setiap saat  , Allah berikan nikmat yang melimpah-ruah pada  kita , Allah beri kita keluarga yang bahagia , kesihatan tubuh badan , dan banyak lagi .Siapa yang patut kita lebih cinta dan sayang ?Allah atau buah hati kita ?” Kata-kata ini membuatkan Humairah terfikir suatu keputusan untuk memutuskan hubungannya dengan Tengku Imran . Sesungguhnya meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah adalah satu jihad .

            Kem itu yang membawa Humairah untuk mengenali  Allah dengan lebih dekat dan Humairah bertekad untuk mencari cinta Allah yang teragung . Tetapi , untuk mendapatkan cinta Allah , Humairah perlu mengorbankan rasa sayangnya terhadap Tengku Imran .Allah berfirman dalam surah Ali ‘Imran ayat 31:Katakanlah (Muhammad) , “Jika kamu mencintai allah , ikutlah aku , nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.”Allah Maha Pengampun , Maha Penyayang .  Sepanjang kem itu , Humairah memikirkan semasak-masaknya niatnya . Walaupun Humairah mempunyai niat untuk membimbing Tengku Imran kembali  ke jalan yang benar , tetapi Humairah juga takut jika dia akan terus lalai dan hanyut dalam hubungan yang tidak sah tanpa ikatan . Setelah tamat  perkhemahan di Masjid Mukminin , Humairah mendapat kembali telefon bimbitnya lalu dia pulang ke rumah dengan satu keputusan yang muktamad . Selesai solat Maghrib , Humairah berdoa sekali lagi kepada Allah , “Ya Allah , Kau kuatkanlah hati aku untuk memutuskan hubungan ini demi-Mu .” Usai berdoa , Humairah mengambil telefon bimbitnya dan terus menghantar satu pesanan ringkas kepada Tengku Imran . “Assalamualaikum , saya ingin menjadi kawan awak.” Humairah tidak mahu melengah-lengahkan keadaan kerana dia takut bahawa dia akan lemah dan termakan pujuk rayu Tengku Imran. Pesanan yang ringkas itu sudah cukup untuk membuatkan Tengku Imran faham akan maksud tersirat Humairah . Humairah dilepaskan .

                Cuti sekolah yang hanya tinggal lagi beberapa minggu telah digunakan dengan baik oleh Humairah untuk merawat luka duniawinya bagi mendapatkan kebahagiaan yang hakiki di akhirat kelak . Humairah semakin mendekatkan dirinya kepada Allah , dia merintih dan menangis dalam setiap sujudnya tanpa disedari oleh sesiapapun . Humairah membaca al-Quran dan terjemahan yang menjadi  syifa’ atau  penawar terhadap semua kesakitan untuk menguatkan hatinya . Dengan membaca terjemahan al-quran , Humairah dapat mengetahui dan mengenali  sifat-sifat  Allah yang terpuji . Tak kenal maka tak cinta . Tetapi , sikap Humairah yang tidak suka akan perpisahan menyebabkan Humairah sukar untuk menerima kenyataan .Malahan pula ,Tengku Imran kini semakin menjauhkan dirinya daripada Humairah . Humairah sedih kerana Tengku Imran tidak dapat menerima dirinya sebagai kawan biasa dan berasa serba salah terhadap dirinya yang pernah berjanji untuk membawa Tengku Imran  kembali ke jalan yang benar . Humairah yakin bahawa Allah telah menetapkan jodoh atau wildan yang terbaik untuk dirinya sejak Humairah belum melihat isi dunia lagi .  Humairah perlu menjadi solehah untuk mendapatkan  jodoh yang soleh supaya dapat membimbingnya ke jalan yang benar . Firman Allah S.W.T. dalam Surah An-Nur  ayat 26 : .... sedangkan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik , dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik . Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang . Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia. Humairah berharap Allah mengutuskan seseorang yang lebih baik daripada dirinya untuk membimbing Tengku Imran ke jalan yang direhai oleh Allah .

           Langit tidak selalunya cerah , Humairah berasa kecewa sekali lagi kerana ada khabar angin mengatakan bahawa Tengku Imran memburuk-burukkan dirinya . Tengku Imran menyebarkan berita buruk bahawa Humairah seorang yang curang dan sudah membenci  akan dirinya maka sebab itulah mereka berpisah . Tetapi , pada hakikatnya , Tengku Imran sendiri yang melarikan dirinya daripada Humairah . Khabar angin ini telah menjatuhkan maruah Humairah sehingga terdetik perasaan marah dan dendam dalam hati Humairah . Sesungguh , syaitan sentiasa ada disekeliling manusia untuk menghuru-harakan kita . Allah berfirman dalam surah Ali ‘Imran ayat 8: (Mereka berdoa) , “Ya Tuhan kami , janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu , sesungguhnya , Engkau Maha pemberi .Setelah berfikir secara rasional dan waras , Humairah bersabar dan cuba untuk berfikiran positif ,“Mungkin ini cara Allah untuk menguji kesabaran aku” ,  “ Mungkin juga Tengku Imran sedang mengalami tekanan  sehingga tidak dapat berfikir dengan baik.”Humairah bermonolog dan  yakin bahawa ini merupakan ujian yang Allah berikan kepadanya dan dia mampu untuk mengatasinya seperti kalamullah dalam Surah al-Baqarah ayat 286 : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya . Masa terus berjalan sehingga Humairah tamat persekolahan . Humairah dan Syifa berjaya dengan cemerlang  dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) .

         Kini Humairah dan Syifa ditempatkan di sebuah universiti yang sama iaitu di Universiti Malaya dalam jurusan perundangan syariah . Jurusan yang memerlukan keberanian dan keyakinan untuk berkata-kata di khalayak ramai , tetapi Humairah tetap sukar untuk  bercakap dengan Tengku Imran yang juga  menuntut di universiti yang sama dalam bidang keusahawanan . Humairah masih memerhatikan Tengku Imran dari jauh dan dalam diam . Malangnya , Tengku Imran telah tersesat lebih jauh dari jalan Allah .Penghijrahan Humairah dalam penampilannya membuatkan Tengku Imran berasa Humairah terlalu kolot dengan berselubung seluruh badan . Humairah cuba untuk memenuhi perintah Allah seperti yang tertulis dalam Surah An-Nur ayat ke 31 :...dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya , kecuali yang biasa nampak daripadanya . Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya . Tengku Imran sering mengejek penampilan Humairah , “Tutup sana , tutup sini . Dah kaya sangat ke sampai terlebih-lebih kain ni ?” Humairah sering diperlekehkan dan dibandingkan dengan kekasih-kekasih Tengku Imran yang lebih seksi dan cantik . Humairah tidak menghiraukan kata-kata mereka dan hanya berdoa bahawa suatu hari nanti mereka semua akan mendapat hidayah Allah .

        Suatu petang pada hari Khamis , Humairah menghadiahkan Tengku Imran sebuah buku yang bertajuk ‘Pergaulan lelaki dan perempuan ajnabi’. Tetapi malangnya , Humairah pula yang dimarahi dan ditengking kembali oleh Tengku Imran ,“Kau ingat kau tu baik sangat ke haaa ? Dulu pun kau jahillah Humairah .” Sayunya hati Humairah mendengar kata-kata Tengku Imran yang menikam kalbu itu . Humairah menjawab dalam nada yang sebak , “Ya , saya memang tak cukup baik , saya memang pernah melakukan kejahilan tapi saya berusaha menebus dosa saya , Allah itu Maha Pengampun”. Tengku Imran terkejut apabila Humairah menjawab kata-katanya . Baginya Humairah itu seorang yang pengecut dan dia tidak boleh kalah dengan Humairah , “Alahai Humairah , tak perlulah nak bertaubat  dalam usia yang muda ni , tua nanti barulah bertaubat . Kita ‘enjoy’ dulu ,”kata Tengku Imran sambil menarik-narik tudung Humairah . Allah berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 276 : ...Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran dan bergelumang dengan dosa .

         Humairah menepis tangan Tengku Imran sambil menjerit , “Awak jangan berlagaklah . Semua perhiasan , harta awak , kemewahan awak , perempuan awak semua itu sementara . Ingatlah , semua ini milik Allah . Nanti kalau awak dah meninggal  dunia hanya amalan awak yang akan ditanya oleh Allah . Amalan awak sudah cukup ke ? Awak yakin ke ? Saya doakan awak semoga mendapat petunjuk dan hidayah Allah.” Allah berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 243 : .. sesungguhnya Allah memberikan kurnia kepada manusia , tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur . Humairah terus berlalu meninggalkan Tengku Imran yang kaku tanpa menoleh kebelakang lagi .Selama ini Humairah hanya berdiam diri dan menerima kata-kata Tengku Imran , tetapi  pada petang itu sebaliknya . Merah padam muka Humairah . Dia terus pergi ke masjid untuk menyejukkan dirinya yang sedang marah itu dengan melakukan solat-solat sunat  , membaca al-Quran dan zikrullah . Manakala , Tengku Imran masih dengan jiwanya yang tidak tenteram . Sepanjang petang itu sehinggalah waktu malam , dia memikirkan setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut Humairah . Tengku Imran tertekan dan terus mengambil keputusan untuk menenangkan fikiran di kelab-kelab malam . Dia memandu laju pacuan empat rodanya yang canggih  tanpa memikirkan orang disekelilingnya.

           Subuh keesokkan harinya  , Humairah bangun lebih awal untuk menghadiri kuliah Subuh di masjid bersama Syifa . Subuh itu terasa sangat aman dan tenang sekali . Ustaz Ali yang memberikan ceramah tentang ‘Sakaratul  Maut’ dengan menarik sekali . Satu ayat yang terpahat di minda Humairah , “Tak kisahlah kita hidup dalam Islam atau tidak , tetapi yang pentingnya kita mati dalam Islam.” Selesai solat dan kuliah Subuh , mereka berjalan kaki untuk pulang ke asrama sambil menghirup udara pagi yang segar . Tiba-tiba Humairah bersuara, “Syifa , saya sayang ibu bapa saya , awak , dan semua orang yang saya kenal . Saya berhasrat sangat untuk melihat Tengku Imran berubah . Awak bantu saya ye? Saya takut saya tidak sempat untuk mengubah dirinya. ” Syifa tersedar daripada lamunan  terkejut dengan kata-kata Humairah  lalu berkata ,“Saya pun sayang awak juga , Humairah . Saya bersyukur sangat sebab Allah mempertemukan kita dan saya berharap persahabatan kita kekal sehingga ke akhirat kelak . InsyaAllah awak boleh mengubah Tengku Imran  dan saya pun boleh tolong awak setakat yang saya mampu .” Humairah tersenyum kepada Syifa . Kemudian  masing-masing melayan fikiran sendiri .

            Humairah teringat akan cerita Ustaz Ali di masjid tadi . Cerita benar yang terjadi di negara India apabila seorang kanak-kanak India mualaf dijaga oleh neneknya . Ibu bapa kanak-kanak ini telah meninggal dunia . Neneknya tidak pernah melarang kanak-kanak ini untuk menunaikan perintahnya kepada Allah . Suatu saat , apabila neneknya sudah nazak , kanak-kanak kecil ini mengajar neneknya untuk mengucap kalimah syahadah . Maha suci Allah , neneknya dapat melafazkan kalimah syahadah lalu menghembuskan nafas yang terakhir . Subhanallah ! Neneknya meninggal dunia selepas baru sahaja memeluk agama Islam . Betapa bertuahnya nenek itu ibarat bayi  baru lahir yang suci dan bersih tanpa sebarang dosa selepas memeluk agama Islam . Humairah terlalu leka memikirkan kekuasaan dan kebesaran Allah sehingga dia tidak perasan bahawa terdapat sebuah kereta yang sedang meluncur laju kearahnya . Syifa yang turut tersedar akan kejadian itu hanya mampu melaungkan takbir ‘Allahu Akhbar !’ lalu Syifa terus meluru kearah Humairah yang diam terkaku dalam pembaringannya . Syifa dengan pantas mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menelefon ambulans untuk menyelamatkan Humairah secepat mungkin .

             Syifa memangku kepala Humairah yang sudah basah dan berlumuran darah . Syifa tidak dapat menahan sebaknya melihat  sahabat sendiri yang kemalangan di hadapan matanya . Rasa bersalah juga kerana dia terlalu asyik mengelamun tanpa memikirkan sahabat disebelahnya . “Humairah , sabarlah ... Ingat Allah .. Sekejap lagi ambulans datang , awak bertahan ye..”Syifa  menahan air matanya daripada berjujuran di hadapan Humairah . Humairah tersenyum melihat Syifa yang tetap berkata-kata dalam nada yang hampir tenggelam . Dalam masa yang sama , pemandu pacuan empat roda  yang baru keluar dari keretanya terkaku melihat Humairah . Humairah melihat Tengku Imran dan disebelahnya  terdapat perempuan yang berambut keriting tergeliat-geliat geli melihat darah Humairah yang keluar tanpa henti . “You ... jomlah kita balik . I gelilah . Biarkanlah perempuan ini nak mati dekat sini , lagipun kawan dia itu kan ada,”kata perempuan itu sambil bergisil-gisil manja dengan Tengku Imran lalu perempuan itu ditolak oleh Tengku Imran sehingga terjatuh . Tengku Imran hilang seribu bahasa . Matanya mula berlinangan dengan air mata .

        Tengku Imran terus terduduk dan tertunduk  di sebelah Humairah . “ Humairah , saya minta maaf . Saya tak sengaja nak langgar awak . Saya buta . Saya jahat . Awak hukumlah saya asalkan awak jangan pergi,” kata Tengku Imran  yang mula  tersedu-sedu . Humairah tersenyum lalu berkata, “Sshh , bukan salah awak . Dah memang takdir saya macam ini . Saya harap sangat awak boleh jadi lelaki yang soleh dan berguna.”Humairah bersuara dalam nada yang terputus-putus . “Humairah ... tolonglah bertahan . Saya masih perlukan awak”. Tengku Imran merayu dan menyesal atas setiap perkara yang telah dia lakukan . “Kalau awak wildan saya ,  saya akan jumpa awak di akhirat . Awak berubahlah , saya nak awak kuat dan berjaya dalam hidup awak. Syifa , Tengku Imran ... Saya penatlah . Nanti jangan lupa kejutkan saya ye .” Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah , aku juga naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Humairah menghembuskan nafasnya yang terakhir disusuli dengan hujan gerimis yang tenang pada Subuh itu . Kuasa Allah yang mahu mengambil nyawa Humairah kembali kepadanya . Ambulans yang dalam perjalanan untuk menyelamatkan Humairah telah ditimpa kemalangan kecil dan menyebabkan rawatan lambat dilakukan .

        Selepas kematian Humairah , Tengku Imran telah berhijrah dan bertaubat kepada Allah S.W.T.. Dia menyesal dengan perbuatan jahil yang pernah dia lakukan . Kini , dia telah meninggalkan semua perkara yang dilarang oleh Allah . Sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka luas kepada umat manusia yang mahu bertaubat . Sebaik-baik taubat ialah taubat nasuha . Sahabat-sahabat dan kenalan lebih suka akan diri Tengku Imran yang baru .  Dia sering ke masjid untuk menuntut ilmu-ilmu akhirat daripada para ustaz . Dia juga sering membantu orang yang dalam kesusahan dan tidak lagi berbangga diri atas kemewahan sementara yang dimilikinya . Dia juga bakal menerima Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan keusahawanan dengan cemerlang  .  Jika terdapat masa yang terluang , Tengku Imran pasti akan menziarahi kubur arwah Humairah dan menyedekahkan ayat-ayat suci al-Quran . Alhamdulillah , akhirnya perkara yang arwah Humairah hajati telah dimakbulkan oleh Allah . Cahaya Humairah telah menyuluh Tengku Imran ke jalan yang diredhai oleh Allah .  Sesungguhnya Allah itu Maha pengampun dan penyayang . 

                                                                     TAMAT



p/s : terima kasih kepada sesiapa yang membaca , saya masih dalam proses pembelajaran , salah silap harap dimaafi :) segala nasihat dan tunjuk ajar sangat dialu-alukan :)

      



Sunday 25 March 2012

Kem Janda Baik


Assalamualaikum , hai , lamaaa kot x update .. yeke ? entah , lantak lahhh , aku busy .. bila nak free pun aku x tahu ... aku baru balik dari camping PRS kat Janda Baik .. 2 hari 1 malam , tapi aku rasaa lamaaa sangat , seronok sangat bila setiap kenangan manis yang kita lalui tu tak berakhir , indahnya dunia :D tapi , kenangan manis itu selalu datang dan pergi :'( okay , kenapa aku pergi camping (pembimbing rakan sebaya) PRS sedangkan aku bukan PRS .. aku x layak pegang title tu sbb aku x dpt bimbing kawan2 aku :'( sorry .. hesyyhh , melalut je aku ni dari td , aku pergi kem PRS seorang diri tanpa kawan rapat aku sbb aku nak TENANGKAN FIKIRAN . hmm aku x tahu ape masalah aku sekarang .. sibuk sgt fikirkan masalah org lain smpai effect diri aku sendiri ..


okay , first of all , pagi2 hari jumaat tunggu bas yang lewat 1 jam --' okay sabar ! huhh , mengantuk wehh aku tggu kau , bas ! dalam bas , aku memilih untuk duduk sorang2 .. best , aku melunjurkan kaki aku yg panjang ni xD hahah , aku niat bila masuk bas mmg nak tidur , so , time nak tidur , uncle bas ni pasang radio yg mainkan lagu jiwangg --' bangang ! aku x leh tidur sbb syok menghayati setiap kata lagu dia lol lol lol lol !!!!!! then , lagi x boleh tidur bilaaaaaa tetiba ade lagu Yuna yg baru tu .. huhhhh what the meow meow lahh kan ! terus ingat kat masalah :P okay 2 jam lepas tu sampai tempat yang bernama Janda Baik xD hihih aku asek fikir tempat tu dipenuhi dengan janda yang baik2 xD kampung tu sangat amann , sunyi , tak huru hara , Subhanaallah , ciptaan Tuhan sangat cantik :')


Aktiviti dekat sana seronok :) aku merentasi arus sungai yang deras , yeah pengalaman baru ... aku pegang cacing , yeah yuckkss pengalaman baru .. aku makan telur masin mentah , yeah pengalaman baru , baru aku tahu masinyaaaa xD and makan bawang mentah , aku still x leh telan benda alah tu , aku muntah muntah ;D and , sesuatu yang sangat menyeronokkan bila aku dapat tolong orang yg dalam kesusahan , tak sia sia aku jadi ahli bulan sabit merah :")kejang , cramp , trauma semua ada .. tenang sangat bila dapat tenangkan hati orang lain even aku x kenal siapa yg aku tolong :)


okayy , night walk :) 'aku suka' hahaha siapa yg suka ? meh habaq mai kat cek >.< jalan sorang2 dekat tempat yang sangaaaat gelap .. abang fasi tu kata jalan terus je , aku pun terus je lahh , kalau masuk longkang pun , masuk longkang lahh , hahah time jalan tu mmg tawakkal je lah xD memang time ni lah , baru semua org nak ingat Allah .. time lain ? insyaAllah ingat jugak :) tapi , time giliran aku yg kne jalan sorang2 , aku jalan laju laju laju laju sampai leh jalan dengan org depan aku .. lelaki cina .. hoho , sampai kat satu jalan yg lagi gelap , org lelaki cina belakang aku lak sampai kat kiteorg dua xD so , dalam gelap tu aku jalan dengan 2 org lelaki cina .. huhhh jalan dengan hero lahh konon ! sekali , sorang drpd dorang leh ckp kat aku " awak boleh jalan dlu ? saya rabun malam , x nmpk jalan" ohhh hoiiii ! gentle nyaaa lah aku yg guide dorang jalan dalam gelap , dorang yg jalan belakang aku --'


and , pagi td , bangun2 tak mandi :) hehe terus gi senamrobik , ohh yehhh , iloveit :D time ni lah aku over secara sihat :) lepas tu sarapan dan daki bukit or gunung yg puncaknya terdapat air terjunn ... wiii huuuu :D hahaha sampai je kat puncak terus terjun dalam air xD perang simbah air bermula ! hahah tp aku lah jugak antara org pertama yg naik ke darat dlu , wehhh tak tahan lahh sejukkk , pucattt tangan aku darah x jalan .. hahah aku duduk atas batu sorang2 rendam kaki , tgk dorang mandi manda , main simbah air , tetiba emosi , boleh lak aku terharu nak nangis bila tgk saat2 yang indahh , tgk pokok2 yg berjuang utk hidup , air terjun yang terus menerus mengalir deras .. teringat masalah dekat sekolah yang aku sendiri cari :") hmmm .. aku mesti kuat ! aishah boleh aishah boleh :)


hahaha ape ape je lah aishah oiii ... jangan lari dari masalah .. just face it .. tapiii , macam mana ? tapi kalau aku lari dan terus berlari ? sampai bila ? tapi , aku x de cara utk selesaikan masalah .. tapiii , macam mana ?? hmm jangan nak bertapi-tapi ! tido je lahh jalan penyelesaian aku , tapi bangun tido , bnd pertama yg aku fikir ialah masalah aku :/ ishhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ! APA MASALAH KAU NI ! tuan punya badan x hirau kan masalah dia langsung , yang kau baik sangat nak selesaikan masalah org kenapa ? kan dah effect diri sendiri !otak negative aku kata " just two words for you aishah , PADAN MUKA !" hihhhihih okayy , otak positive pulak kata "ALLAH ALWAYS BE WITH YOU"
kbye assalamualaikum :)

Friday 16 March 2012

smile :)

Assalamualaikum , hai , hello teman .. :) semalam , last kelas tambahan , and aku baru terasa nak cuti --' lambat en .. lantak lahh , ade aku kesah ? lepas tu temankan sofia dalila belajar pantun , sambil tu sempat lagi snap gambar ngn kawan2 xD

                                                                                <3

harini aku exited sangat sebab pergi taman botani :) yes , aku berjaya pujuk mak aku .. and mak aku pun mestilah cair dengan anak bongsu dia ni xD hihihi okay , tujuan utama , aku nak naik basikal ! yeahh , mula2 aku ajak amilia utk temankan aku , then last minute cancel .. lepas tu aku ajak zati , tapii , dia keluar dengan mak dia lak .. lepas tu ajak zulaikha , tp dia lambat reply .. so , finally , aku pergi dengan mak dan along aku :') okay aku malas citer panjang2 , sampai kat sana
..........................................................
"perkhidmatan basikal ditutup pada 16 march (9pg-12t/h)"
okayy aku sedih ! takpe , mak kata nnt nak berkelah dekat sana .. basikal , tunggu aku datang !


lepas tu , mak bawak gi alamanda :) aku beli novel .. heeee haritu nak beli , tapi mood hilang lepas jumpa novelis yang nama dia gabungan antara nama aku dengan nama org yang aku kurang suka --'
hahaha gedikkk

                                                       Rooftop Rant - Hlovate <3


I'm trying all my best to love both of you .. jangan disebabkan kita jauh , kita jarang jumpa , kita jadi jauh :'( aku sayaaang korang sangat .. janganlah salah faham .. korang dua best friend aku till jannah ! insyaAllah ameeennnn , kbye wslm


Wednesday 14 March 2012

tak cuti :')

Assalamualaikum dan hai kawan yang bising , yang diam , yang poyo , yang lawa , yang comel daaannn kawan yang dirahmati Allah :)

heee , minggu ni cuti seminggu untuk bulan Mac eh ? AKU TAK TERASA LANGSUNG ! ahahah sebab ? sebab aku ade Kem Akademik kat sekolah .. hehe 'kem' lahhh sangat -.-  kayy semalan kan , amilia datang sekolah .. Allah je yang tahuu betapa seronoknya KAMI bila tahu dia nak datang :') rase mcm nak peluk2 dia .. hahah over en xD tapi x sempat nak amik gambar dengan dia :'(  erm , lepas tu kiteorang lepak McD sebab aku ade homeworks kumpulan nak kene buat ... Zulaikha , Aisyah afifah pun ade .. rindu ohh dengan diaorrangg semua ni .. takpe wehh , kita berjuang lagi beberapa bulan je :) InsyaAllah kite semuaaa berjaya ..

                                                                   Zulaikha :))


okayy , sekolah waktu cuti memang seronok .. aku boleh datang sesuka hati aku :) hari hari aku datang , cuaca mendung dan amaaaann sekali .. tak banyak orang , seronok sangat bila pergi sekolah , aku x jumpa dengan orang yang aku x suka , takde cikgu yang garang2 memekik , TAKDE MASALAH DISIPLIN (aku sangat suka!) hahaha yeahh ! seronok sangat bila tak de masalah .. lepas habis sekolah takde budak lepak2 , takde nmpk mana2 couples berduaan .. hahah kalau tak , sakit mata je xD hihih #suke hati aku je HAHA and aku suka sebab bila rehat suke hati je nak makan kat mana xD haha memang aku suka suka hati --' LOL ape penyakit aku ni xD


Baiklah , cerita pendek 'Nur Humairah' yang aku karang dah siap .. cuma tinggal nak edit2 sikit untuk mana2 bahagian yang pelik doooo xD ermm , aku sebenarnya kan , tga teringin sangat sangat nak naik basikal .. huuhhh ! skema en ? gelak lahh gelak ! tadi aku ckp hasrat aku ni kat sofia . aku ajak dia pi Taman Botani sbb nak naik BSKL .. haha okay fineee , dia gelakkan aku .. orang lain sume hangout dekat midvalley , alamanda , pavillion .. aku ? aku nak lepak kat taman botani .. asal ? tak boleh ? alahaiiii ade aku kesah ? :P takpe aa , nnt aku bg tau mak aku :P hihi  kbye <3



Sunday 4 March 2012

ayuh , lari lari !

Assalamualaikum dan hai :) okay , aku nak mengisytiharkan bahawasanya ESOK EXAM !! *tampar tampar muka * exaammm ! okay wat lek wat peace , senyum skit :)) hahah kay gelabah . buku , cepat lah terselak depan muka aku pleaseee , buku , jadi lah bestiee akuuu .. pleaseee <3 hihihhi

okay , act aku nak cerita pengalaman aku dalam merentas desaa haritu .. yeah , cerita merentas desa dah basi , semua org dah cerita semalam semalam , aku je baru nak cerita harini  , sadis ! haaha TAPIII , pengalaman aku x pernah basi okayy ..



Baik lah , aku jadi first aider seperti biasa .. sehari sebelum merentas desa , aku dapat tahu aku jaga checkpoint mana , cuba lah teka , aku jaga checkpoint penamat lelaki .. ohh yeahh ! mule2 aku exited , tapi tahu tak , malam tu aku x boleh tidur sbb memikirkan hal ni ... ape yg aku fikir ? aku fikir , mcm mana aku nak rawat diaorang , means , ye aku kene pegang diaorang .. mule lah rase bersalah .. takpe , aku betulkan niat aku ..

Hari merentas desa , okay , anak buah aku yg bersama sama jage checkpoint lelaki ade 5 org kot ,.. mereka semua juniour yg tak mahir lagi .. huuu kay sabar :) aku cuba sedaya upaya .. alhamdulillah tak de yg luka berdarah , just cramp je 2 3 org .. cume satu aa , bulu kaki lelaki kan mmg terlebih panjang , jadi aku pakai sarung tangan belah kanan , kiri x sempat --' ade jugak yg mengade ngade .. haish , muka aku yg garang ni pun tetap ade yg mengade =,= sabar je lah .. overall , cume sorang otot terkoyak , asma , and 2 3 org kejang ..

                                               sadis ! aku sorang x de number larian ;'D

                                                                  5 MULIA <3

                                                                        BSMM !







Maaf kalau aku punye rawatan dekat korang x memuaskan , aku akan perbaiki diri aku :D wslm