CAHAYA HUMAIRAH
Azan Subuh
mengejutkan Humairah daripada lenanya . Humairah memanjatkan rasa syukurnya ke
hadrat Ilahi kerana dia diberi peluang untuk hidup pada hari ini . Aisyah
Humairah Muhammad ialah seorang gadis cilik yang petah berkata-kata , riang dan
peramah . “Umi , Humairah nak pergi sekolah ni .” Humairah terburu-buru memakai
kasut selepas siap bersarapan . Ibunya hanya tersenyum melihat anaknya yang
baru berusia 10 tahun itu comot dengan
misai buatan susu . Ibunya bersyukur kerana Allah mengurniakan Humairah yang
sihat dari segi fizikal dan mental kepadanya .Pengalaman melahirkan Humairah
yang mengalami komplikasi dan hampir lemas dalam kandungannya masih segar dalam
ingatannya . Ibunya berharap Humairah dapat menjadi wanita yang solehah suatu
hari nanti . Allah berfirman dalam Surah Ali ‘Imran ayat 6 : Dialah yang
membentuk kamu dalam rahim menurut yang Dia kehendaki . Tidak ada Tuhan selain
Dia , Yang Mahaperkasa , Mahabijaksana . Selepas bersalaman dengan ibunya , Humairah dan kakaknya Khadijah pergi ke
sekolah bersama-sama . Humairah sering membantu kakaknya untuk membawa buku
sehingga sampai ke kelas kakaknya .
Humairah sangat peramah dan mudah mesra dengan
sahabat-sahabat kakaknya sehingga dia tidak perasan dirinya sedang diperhatikan
oleh seseorang . Pada suatu hari , selepas tamat waktu persekolahan , Humairah mendapat satu
surat layang ketika dia sedang berjalan dengan temannya untuk pulang ke rumah
yang hanya 80 meter dari sekolahnya . Surat itu datangnya daripada kenalan
kakaknya sendiri , Adam yang memendam perasaan terhadap Humairah . Humairah
terus berlari ke rumah meninggalkan rakannya dengan fikiran yang kusut . Dia telah mengoyak-ngoyakkan
surat itu hingga menjadi cebisan-cebisan kecil . Humairah berasa pelik kerana perasaan marah , malu dan sangat
terkejut apabila menerima surat itu . Humairah sangat memerlukan seseorang untuk membantunya menyelesaikan masalah . Humairah
bertanya kepada ibunya “Umi , Mairah dapat surat monyet .” Ibunya terkejut
“Surat monyet ? Monyet dari zoo mana yang bagi Mairah surat ?” Humairah tergelak
manja , “Umi ni buat lawak pula . Alaa ,
surat yang selalu orang cakap dia suka kita semua tu . Surat monyetlah.”
Kemudian barulah ibunya faham maksud Humairah . Ibunya tersenyum lalu memberikan nasihat kepada Humairah ,“Mairah
sayang , Mairah juga yang bagitahu Umi itu surat monyet , jangan layanlah ye . Buat
tak tahu sahaja . Kalau budak lelaki itu suka Mairah , dia sepatutnya bagitahu
dekat Abi bukannya Mairah . Abi itukan wali Mairah”.
Sejak
peristiwa itu , Humairah lebih selesa mendiamkan diri dan tidak mudah bergaul
dengan lelaki . Humairah sudah tidak
lagi ke kelas kakaknya . Tetapi Humairah
tetap berasa sangat tidak selesa kerana sering diperhatikan oleh Adam . Kesan daripada kejadian itu , Humairah
menjadi seorang yang pendiam dan tidak bergaul dengan lelaki . Humairah akan
menundukkan setiap pandangannya ketika berselisih dengan mana-mana lelaki .Malah , sikap Humairah yang ceria dan
riang itu semakin sukar dilihat sehingga para guru perasan akan perubahan yang
berlaku dalam diri Humairah . Peristiwa
ini telah membuatkan diri Humairah
matang pada usia yang sangat muda . Lantas , Adam berasa putus asa dan tidak
menghiraukan Humairah kerana dia telah berpindah ke sekolah menengah . Tetapi
fikiran Humairah tetap terganggu kerana sering teringat akan sejarah pahit
setiap kali terpandang wajah adik-adik Adam yang seiras dengannya . Sikap
Humairah yang pendiam dan serius berlarutan sehingga Humairah menjejakkan
kakinya ke sekolah menengah .
Alam remaja
sememangnya alam yang banyak rintangan dan penuh dengan sikap yang suka
memberontak. Sikap ingin tahu yang membuak-buak dalam diri remaja untuk
mengetahui dunia luar mudah membuatkan
remaja alpa . Alhamdulillah , Humairah ditakdirkan untuk memasuki kelas aliran agama
. Pelajar kelas lain sering menganggap bahawa kelas Humairah merupakan kelas
yang skema dan kolot , tetapi Allah melindungi Humairah dengan menghantar
sahabat-sahabat yang baik kepada
Humairah . Humairah tidak mudah terpengaruh dengan kejutan budaya yang berlaku
di sekolahnya . Dalam sekolah itu ,
Humairah bersahabat baik dengan teman yang baru dikenalinya , Syifa Safiyyah . Syifa
ialah sahabat yang baik dan bermulut becok . Sikap Syifa yang ceria sering
membuatkan Humairah teringat akan dirinya yang ceria satu ketika dahulu . Hari-hari
bersama Syifa membuatkan Humairah tidak
kering gusi kerana tidak dapat menahan sifat lucu Syifa .Ketika berada di
tingkatan satu , dua dan tiga Humairah
tidak bergaul rapat dengan rakan lelaki sekelasnya . Rakan sekelasnya sering
menganggap Humairah sebagai lelaki kerana dia memiliki suara yang kasar . Dalam
al-Quran Allah telah menyatakan larangan-Nya supaya tidak menyerupai
jantina yang berlawanan dengan diri kita .
Selepas
tamat Peperiksaan Menengah Rendah , semua pelajar tingkatan tiga dari sesi pagi
dan petang disatukan untuk menjalani aktiviti di dewan sekolah . Berada pada sesi
pagi seperti Humairah dan Syifa berasa sangat terpinggir daripada rakan-rakan
yang lain . Tetapi , akhlak dan peribadi mereka lebih terjamin baiknya daripada
pelajar lain . Kebanyakkan pelajar lain lebih nakal dan degil . Humairah
sangat sensitif apabila melihat pelajar
lelaki dan perempuan bertepuk tampar tanpa ada rasa bersalah atau malu . Suatu hari , ketika Humairah bersama Syifa ,
tiba-tiba datang seorang pelajar lelaki yang bercakap gila-gilaan dan mereka
tidak mengenalinya . Pelajar lelaki tersebut mengusik mereka lalu memukul
kepala Syifa . Humairah yang sudah geram terus memekik kepada lelaki yang tidak
dikenalinya ,“Hei , apa pegang-pegang ni ! Bukan muhrim tahu tak ?” Lelaki
tersebut tersengih-sengih lalu pergi meninggalkan mereka tanpa memohon maaf .
Humairah marah akan sikap lelaki itu . Humairah teringat kata-kata ustazahnya ,
“ Memegang kulit bukan muhrim itu ibarat memegang kulit khinzir . Kalau kita
pegang tangan bukan muhrim kita , maksudnya kita sedang pegang khinzir . Kalau
kita bertepuk tampar dengan bukan muhrim kita , maknanya kita sedang bertepuk
tampar dengan khinzir”.
Selepas
peristiwa itu , pelajar lelaki tersebut mula menyiasat tentang diri dan latar belakang
Humairah . Suratan takdir , mereka dipertemukan di sebuah pusat beli belah .
Humairah berasa sangat menyesal kerana keluar dari rumah pada hari itu .
Humairah hanya menundukkan pandangannya supaya tidak bertentangan mata dengan
lelaki itu yang dikenali sebagai Tengku Imran. Tengku Imran tersengih-sengih
melihat reaksi Humairah yang kelihatan agak lucu dan dia tidak dapat mengalihkan
pandangannya daripada Humairah .Tengku Imran berasa ada sesuatu yang menarik
tentang diri Humairah yang menyebabkan dia teruja untuk mengenali Humairah . Selepas
hari itu , Tengku Imran yang terkenal dengan sifat nakalnya mula mengganggu hidup
Humairah sama ada di laman sesawang sosial
mahupun di sekolah . Humairah berasa
sangat tidak selesa dan hidupnya kembali berserabut . Tetapi , Allah menurunkan
ujian apabila hati Humairah mula
lembut terhadap Tengku Imran yang
pandai berkata-kata manis . Keputusan
peperiksaan Humairah yang agak cemerlang itu membuatkan Humairah terus lalai
dengan keduniaan . Nau’zubillah !
Tingkatan
empat adalah tahun yang penuh dengan ujian dan cubaan .Bagi pelajar yang masih
teruja dengan keputusan peperiksaan , mereka akan menganggap tingkatan empat ialah tahun yang boleh
bersenang-lenang dan berseronok . Humairah telah menjalinkan hubungan cinta
dengan Tengku Imran iaitu lelaki yang pernah dibencinya satu ketika dahulu .
Humairah telah terhasut dengan godaan syaitan yang tidak pernah putus asa .
Prinsip “No Couple” yang pernah Humairah pegang dahulu , hilang entah ke mana .
Benarlah syaitan akan berusaha sedaya upaya untuk menyesatkan umat Rasulullah s.a.w.
sehingga masuk ke dalam neraka jahanam . Firman Allah dalam Surah An-Nur ayat 30 : Dan katakanlah kepada wanita
beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya
.Humairah menjaga pergaulannya ketika bersama Tengku Imran . Tengku Imran
yang merupakan anak hartawan yang
terkenal dan kaya-raya itu menyebabkan
dia sering alpa dengan kewajibannya
terhadap Allah .Humairah berasa dirinya bertanggungjawab untuk mengubah sikap Tengku
Imran kearah yang lebih baik . Terlalu banyak berita-berita buruk berkenaan
Tengku Imran yang sering Humairah dengar di cuping telinganya . Tengku Imran
juga sering mengabaikan pencapaian akademiknya . Humairah bertekad untuk
membimbing Tengku Imran supaya dia
berjaya mencapai cita-citanya yang ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya .
Selepas beberapa bulan , ketika Humairah sedang
makan tengahari bersama Syifa , Humairah
menyatakan hasratnya ,“ Syifa , saya berharap sangat hubungan yang baru saya bina ini kekal sehingga menjadi hubungan
yang diredhai oleh Allah .” Syifa menyokong niat murni Humairah , “Humairah ,
Allah sudah tentukan hidup , mati , jodoh dan ajal kita sejak kita dari dalam
kandungan ibu kita lagi . Allah sudah aturkan yang terbaik untuk umat kekasih-Nya. Kita kena yakin dengan Allah .” Humairah hanya mengangguk
dan menguis-nguis nasi di dalam
pinggannya . Ada sesuatu yang menganggu fikiran Humairah . “Syifa , sebenarnya
saya takut sebab Tengku Imran sangat nakal dan sering mengambil
kesempatan terhadap saya . Saya sering mengelak dan saat itu jugalah Tengku Imran
akan bermasam muka dengan saya.” Firman Allah dalam Surah al-Isra ayat 32 :Dan
janganlah kamu mendekati zina , sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan
yang keji dan jalan yang buruk . “Humairah , sabarlah .. Inilah cara yang
terbaik untuk membimbing dia ke jalan Allah . Awak juga yang beritahu saya
bahawa ramai kenalan yang datang mengadu pada awak tentang sikap buruk Tengku Imran .
Contohnya , sikap baran dia yang sering marah tanpa sebab , merendah-rendahkan orang lain dan berlagak sombong
dengan harta benda dia.” Humairah terus mengangguk seperti burung belatuk membenarkan kata-kata Syifa .
Pada musim cuti sekolah selama satu bulan
setengah , Humairah menghadiri Kem Personaliti Remaja di Masjid Mukminin yang
berlangsung selama tiga hari dua malam . Kem itu tidak membenarkan penggunaan
telefon bimbit , maka selama itu juga
lah Humairah tidak berhubung dengan Tengku Imran . Kem itu bertemakan
“Bercintalah” dan mendedahkan cinta yang teragung hanyalah cinta kepada Allah .
Fatimah Syarha iaitu seorang novelis terkenal
yang memberikan ceramah dalam kem itu dan sangat memberi kesan dalam diri
Humairah . Kata-kata Kak Fatimah sering terngiang-ngiang dalam kotak fikiran
Humairah ,“Adik-adik boleh pilih sendiri , nak rasa kemanisan cinta selepas
atau sebelum perkahwinan . Ini hidup adik-adik , adik berhak buat keputusan .” Kemudian
, Humairah teringat lagi kata-kata Kak Fatimah ,“Kalau buah hati kita beri kita
coklat, ‘teddy bear’ , tapi Allah beri kita oksigen untuk hidup dan bernafas
setiap saat , Allah berikan nikmat yang
melimpah-ruah pada kita , Allah beri
kita keluarga yang bahagia , kesihatan tubuh badan , dan banyak lagi .Siapa
yang patut kita lebih cinta dan sayang ?Allah atau buah hati kita ?” Kata-kata
ini membuatkan Humairah terfikir suatu keputusan untuk memutuskan hubungannya
dengan Tengku Imran . Sesungguhnya meninggalkan perkara yang dilarang oleh
Allah adalah satu jihad .
Kem itu
yang membawa Humairah untuk mengenali
Allah dengan lebih dekat dan Humairah bertekad untuk mencari cinta Allah
yang teragung . Tetapi , untuk mendapatkan cinta Allah , Humairah perlu mengorbankan
rasa sayangnya terhadap Tengku Imran .Allah berfirman dalam surah Ali ‘Imran
ayat 31:Katakanlah (Muhammad) , “Jika kamu mencintai allah , ikutlah aku ,
nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.”Allah Maha Pengampun ,
Maha Penyayang . Sepanjang kem itu ,
Humairah memikirkan semasak-masaknya niatnya . Walaupun Humairah mempunyai niat
untuk membimbing Tengku Imran kembali ke
jalan yang benar , tetapi Humairah juga takut jika dia akan terus lalai dan
hanyut dalam hubungan yang tidak sah tanpa ikatan . Setelah tamat perkhemahan di Masjid Mukminin , Humairah
mendapat kembali telefon bimbitnya lalu dia pulang ke rumah dengan satu
keputusan yang muktamad . Selesai solat Maghrib , Humairah berdoa sekali lagi
kepada Allah , “Ya Allah , Kau kuatkanlah hati aku untuk memutuskan hubungan
ini demi-Mu .” Usai berdoa , Humairah mengambil telefon bimbitnya dan terus menghantar
satu pesanan ringkas kepada Tengku Imran . “Assalamualaikum , saya ingin
menjadi kawan awak.” Humairah tidak mahu melengah-lengahkan keadaan kerana dia
takut bahawa dia akan lemah dan termakan pujuk rayu Tengku Imran. Pesanan yang
ringkas itu sudah cukup untuk membuatkan Tengku Imran faham akan maksud
tersirat Humairah . Humairah dilepaskan .
Cuti sekolah yang hanya tinggal lagi beberapa
minggu telah digunakan dengan baik oleh Humairah untuk merawat luka duniawinya
bagi mendapatkan kebahagiaan yang hakiki di akhirat kelak . Humairah semakin
mendekatkan dirinya kepada Allah , dia merintih dan menangis dalam setiap sujudnya
tanpa disedari oleh sesiapapun . Humairah membaca al-Quran dan terjemahan yang
menjadi syifa’ atau penawar terhadap semua kesakitan untuk
menguatkan hatinya . Dengan membaca terjemahan al-quran , Humairah dapat
mengetahui dan mengenali sifat-sifat Allah yang terpuji . Tak kenal maka tak cinta
. Tetapi , sikap Humairah yang tidak suka akan perpisahan menyebabkan Humairah
sukar untuk menerima kenyataan .Malahan pula ,Tengku Imran kini semakin
menjauhkan dirinya daripada Humairah . Humairah sedih kerana Tengku Imran tidak
dapat menerima dirinya sebagai kawan biasa dan berasa serba salah terhadap
dirinya yang pernah berjanji untuk membawa Tengku Imran kembali ke jalan yang benar . Humairah yakin bahawa
Allah telah menetapkan jodoh atau wildan yang terbaik untuk dirinya sejak
Humairah belum melihat isi dunia lagi . Humairah perlu menjadi solehah untuk mendapatkan
jodoh yang soleh supaya dapat
membimbingnya ke jalan yang benar . Firman Allah S.W.T. dalam Surah An-Nur ayat 26 : .... sedangkan perempuan yang baik
untuk lelaki yang baik , dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik .
Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang . Mereka memperoleh ampunan
dan rezeki yang mulia. Humairah berharap Allah mengutuskan seseorang yang lebih
baik daripada dirinya untuk membimbing Tengku Imran ke jalan yang direhai oleh
Allah .
Langit
tidak selalunya cerah , Humairah berasa kecewa sekali lagi kerana ada khabar
angin mengatakan bahawa Tengku Imran memburuk-burukkan dirinya . Tengku Imran
menyebarkan berita buruk bahawa Humairah seorang yang curang dan sudah
membenci akan dirinya maka sebab itulah
mereka berpisah . Tetapi , pada hakikatnya , Tengku Imran sendiri yang
melarikan dirinya daripada Humairah . Khabar angin ini telah menjatuhkan maruah
Humairah sehingga terdetik perasaan marah dan dendam dalam hati Humairah .
Sesungguh , syaitan sentiasa ada disekeliling manusia untuk menghuru-harakan
kita . Allah berfirman dalam surah Ali ‘Imran ayat 8: (Mereka berdoa) , “Ya
Tuhan kami , janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah
Engkau berikan petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari
sisi-Mu , sesungguhnya , Engkau Maha pemberi .Setelah berfikir secara rasional
dan waras , Humairah bersabar dan cuba untuk berfikiran positif ,“Mungkin ini
cara Allah untuk menguji kesabaran aku” , “ Mungkin juga Tengku Imran sedang mengalami tekanan
sehingga tidak dapat berfikir dengan
baik.”Humairah bermonolog dan yakin
bahawa ini merupakan ujian yang Allah berikan kepadanya dan dia mampu untuk
mengatasinya seperti kalamullah dalam Surah al-Baqarah ayat 286 : Allah tidak
membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya . Masa terus
berjalan sehingga Humairah tamat persekolahan . Humairah dan Syifa berjaya
dengan cemerlang dalam Sijil Peperiksaan
Malaysia (SPM) .
Kini Humairah
dan Syifa ditempatkan di sebuah universiti yang sama iaitu di Universiti Malaya
dalam jurusan perundangan syariah . Jurusan yang memerlukan keberanian dan keyakinan
untuk berkata-kata di khalayak ramai , tetapi Humairah tetap sukar untuk bercakap dengan Tengku Imran yang juga menuntut di universiti yang sama dalam bidang
keusahawanan . Humairah masih memerhatikan Tengku Imran dari jauh dan dalam
diam . Malangnya , Tengku Imran telah tersesat lebih jauh dari jalan Allah .Penghijrahan
Humairah dalam penampilannya membuatkan Tengku Imran berasa Humairah terlalu
kolot dengan berselubung seluruh badan . Humairah cuba untuk memenuhi perintah
Allah seperti yang tertulis dalam Surah An-Nur ayat ke 31 :...dan janganlah
mereka menampakkan perhiasannya , kecuali yang biasa nampak daripadanya . Dan
hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya . Tengku Imran sering
mengejek penampilan Humairah , “Tutup sana , tutup sini . Dah kaya sangat ke
sampai terlebih-lebih kain ni ?” Humairah sering diperlekehkan dan dibandingkan
dengan kekasih-kekasih Tengku Imran yang lebih seksi dan cantik . Humairah
tidak menghiraukan kata-kata mereka dan hanya berdoa bahawa suatu hari nanti
mereka semua akan mendapat hidayah Allah .
Suatu petang
pada hari Khamis , Humairah menghadiahkan Tengku Imran sebuah buku yang
bertajuk ‘Pergaulan lelaki dan perempuan ajnabi’. Tetapi malangnya , Humairah pula
yang dimarahi dan ditengking kembali oleh Tengku Imran ,“Kau ingat kau tu baik
sangat ke haaa ? Dulu pun kau jahillah Humairah .” Sayunya hati Humairah
mendengar kata-kata Tengku Imran yang menikam kalbu itu . Humairah menjawab
dalam nada yang sebak , “Ya , saya memang tak cukup baik , saya memang pernah
melakukan kejahilan tapi saya berusaha menebus dosa saya , Allah itu Maha
Pengampun”. Tengku Imran terkejut apabila Humairah menjawab kata-katanya .
Baginya Humairah itu seorang yang pengecut dan dia tidak boleh kalah dengan
Humairah , “Alahai Humairah , tak perlulah nak bertaubat dalam usia yang muda ni , tua nanti barulah
bertaubat . Kita ‘enjoy’ dulu ,”kata Tengku Imran sambil menarik-narik tudung
Humairah . Allah berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 276 : ...Allah tidak
menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran dan bergelumang dengan dosa .
Humairah
menepis tangan Tengku Imran sambil menjerit , “Awak jangan berlagaklah . Semua
perhiasan , harta awak , kemewahan awak , perempuan awak semua itu sementara .
Ingatlah , semua ini milik Allah . Nanti kalau awak dah meninggal dunia hanya amalan awak yang akan ditanya
oleh Allah . Amalan awak sudah cukup ke ? Awak yakin ke ? Saya doakan awak semoga
mendapat petunjuk dan hidayah Allah.” Allah berfirman dalam Surah al-Baqarah
ayat 243 : .. sesungguhnya Allah memberikan kurnia kepada manusia , tetapi
kebanyakan manusia tidak bersyukur . Humairah terus berlalu meninggalkan Tengku
Imran yang kaku tanpa menoleh kebelakang lagi .Selama ini Humairah hanya
berdiam diri dan menerima kata-kata Tengku Imran , tetapi pada petang itu sebaliknya . Merah padam muka
Humairah . Dia terus pergi ke masjid untuk menyejukkan dirinya yang sedang
marah itu dengan melakukan solat-solat sunat
, membaca al-Quran dan zikrullah . Manakala , Tengku Imran masih dengan
jiwanya yang tidak tenteram . Sepanjang petang itu sehinggalah waktu malam ,
dia memikirkan setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut Humairah .
Tengku Imran tertekan dan terus mengambil keputusan untuk menenangkan fikiran
di kelab-kelab malam . Dia memandu laju pacuan empat rodanya yang canggih tanpa memikirkan orang disekelilingnya.
Subuh
keesokkan harinya , Humairah bangun
lebih awal untuk menghadiri kuliah Subuh di masjid bersama Syifa . Subuh itu
terasa sangat aman dan tenang sekali . Ustaz Ali yang memberikan ceramah
tentang ‘Sakaratul Maut’ dengan menarik
sekali . Satu ayat yang terpahat di minda Humairah , “Tak kisahlah kita hidup
dalam Islam atau tidak , tetapi yang pentingnya kita mati dalam Islam.” Selesai
solat dan kuliah Subuh , mereka berjalan kaki untuk pulang ke asrama sambil
menghirup udara pagi yang segar . Tiba-tiba Humairah bersuara, “Syifa , saya
sayang ibu bapa saya , awak , dan semua orang yang saya kenal . Saya berhasrat
sangat untuk melihat Tengku Imran berubah . Awak bantu saya ye? Saya takut saya
tidak sempat untuk mengubah dirinya. ” Syifa tersedar daripada lamunan terkejut dengan kata-kata Humairah lalu berkata ,“Saya pun sayang awak juga ,
Humairah . Saya bersyukur sangat sebab Allah mempertemukan kita dan saya
berharap persahabatan kita kekal sehingga ke akhirat kelak . InsyaAllah awak
boleh mengubah Tengku Imran dan saya pun
boleh tolong awak setakat yang saya mampu .” Humairah tersenyum kepada Syifa . Kemudian
masing-masing melayan fikiran sendiri .
Humairah
teringat akan cerita Ustaz Ali di masjid tadi . Cerita benar yang terjadi di
negara India apabila seorang kanak-kanak India mualaf dijaga oleh neneknya .
Ibu bapa kanak-kanak ini telah meninggal dunia . Neneknya tidak pernah melarang
kanak-kanak ini untuk menunaikan perintahnya kepada Allah . Suatu saat ,
apabila neneknya sudah nazak , kanak-kanak kecil ini mengajar neneknya untuk
mengucap kalimah syahadah . Maha suci Allah , neneknya dapat melafazkan kalimah
syahadah lalu menghembuskan nafas yang terakhir . Subhanallah ! Neneknya
meninggal dunia selepas baru sahaja memeluk agama Islam . Betapa bertuahnya
nenek itu ibarat bayi baru lahir yang
suci dan bersih tanpa sebarang dosa selepas memeluk agama Islam . Humairah
terlalu leka memikirkan kekuasaan dan kebesaran Allah sehingga dia tidak
perasan bahawa terdapat sebuah kereta yang sedang meluncur laju kearahnya .
Syifa yang turut tersedar akan kejadian itu hanya mampu melaungkan takbir
‘Allahu Akhbar !’ lalu Syifa terus meluru kearah Humairah yang diam terkaku
dalam pembaringannya . Syifa dengan pantas mengeluarkan telefon bimbitnya lalu
menelefon ambulans untuk menyelamatkan Humairah secepat mungkin .
Syifa
memangku kepala Humairah yang sudah basah dan berlumuran darah . Syifa tidak
dapat menahan sebaknya melihat sahabat
sendiri yang kemalangan di hadapan matanya . Rasa bersalah juga kerana dia terlalu
asyik mengelamun tanpa memikirkan sahabat disebelahnya . “Humairah , sabarlah
... Ingat Allah .. Sekejap lagi ambulans datang , awak bertahan ye..”Syifa menahan air matanya daripada berjujuran di hadapan
Humairah . Humairah tersenyum melihat Syifa yang tetap berkata-kata dalam nada
yang hampir tenggelam . Dalam masa yang sama , pemandu pacuan empat roda yang baru keluar dari keretanya terkaku
melihat Humairah . Humairah melihat Tengku Imran dan disebelahnya terdapat perempuan yang berambut keriting
tergeliat-geliat geli melihat darah Humairah yang keluar tanpa henti . “You ...
jomlah kita balik . I gelilah . Biarkanlah perempuan ini nak mati dekat sini ,
lagipun kawan dia itu kan ada,”kata perempuan itu sambil bergisil-gisil manja
dengan Tengku Imran lalu perempuan itu ditolak oleh Tengku Imran sehingga
terjatuh . Tengku Imran hilang seribu bahasa . Matanya mula berlinangan dengan
air mata .
Tengku Imran
terus terduduk dan tertunduk di sebelah
Humairah . “ Humairah , saya minta maaf . Saya tak sengaja nak langgar awak .
Saya buta . Saya jahat . Awak hukumlah saya asalkan awak jangan pergi,” kata
Tengku Imran yang mula tersedu-sedu . Humairah tersenyum lalu
berkata, “Sshh , bukan salah awak . Dah memang takdir saya macam ini . Saya
harap sangat awak boleh jadi lelaki yang soleh dan berguna.”Humairah bersuara
dalam nada yang terputus-putus . “Humairah ... tolonglah bertahan . Saya masih
perlukan awak”. Tengku Imran merayu dan menyesal atas setiap perkara yang telah
dia lakukan . “Kalau awak wildan saya ,
saya akan jumpa awak di akhirat . Awak berubahlah , saya nak awak kuat
dan berjaya dalam hidup awak. Syifa , Tengku Imran ... Saya penatlah . Nanti
jangan lupa kejutkan saya ye .” Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah
, aku juga naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Humairah
menghembuskan nafasnya yang terakhir disusuli dengan hujan gerimis yang tenang
pada Subuh itu . Kuasa Allah yang mahu mengambil nyawa Humairah kembali
kepadanya . Ambulans yang dalam perjalanan untuk menyelamatkan Humairah telah
ditimpa kemalangan kecil dan menyebabkan rawatan lambat dilakukan .
Selepas
kematian Humairah , Tengku Imran telah berhijrah dan bertaubat kepada Allah S.W.T..
Dia menyesal dengan perbuatan jahil yang pernah dia lakukan . Kini , dia telah
meninggalkan semua perkara yang dilarang oleh Allah . Sesungguhnya pintu taubat
sentiasa terbuka luas kepada umat manusia yang mahu bertaubat . Sebaik-baik
taubat ialah taubat nasuha . Sahabat-sahabat dan kenalan lebih suka akan diri
Tengku Imran yang baru . Dia sering ke
masjid untuk menuntut ilmu-ilmu akhirat daripada para ustaz . Dia juga sering
membantu orang yang dalam kesusahan dan tidak lagi berbangga diri atas kemewahan
sementara yang dimilikinya . Dia juga bakal menerima Ijazah Sarjana Muda dalam
jurusan keusahawanan dengan cemerlang . Jika terdapat masa yang terluang , Tengku
Imran pasti akan menziarahi kubur arwah Humairah dan menyedekahkan ayat-ayat
suci al-Quran . Alhamdulillah , akhirnya perkara yang arwah Humairah hajati
telah dimakbulkan oleh Allah . Cahaya Humairah telah menyuluh Tengku Imran ke
jalan yang diredhai oleh Allah . Sesungguhnya
Allah itu Maha pengampun dan penyayang .
TAMAT
p/s : terima kasih kepada sesiapa yang membaca , saya masih dalam proses pembelajaran , salah silap harap dimaafi :) segala nasihat dan tunjuk ajar sangat dialu-alukan :)
nak nangis baca cerita ni. tragis dan penuh pengajaran. keep it up girl!
ReplyDeletethanks matunggg sudi membaca , walaupun berjela - jelaa xD
Delete